Contoh 1:
o Ali berada di Pulau Pinang dan hendak pulang ke rumah abangnya di Johor selama 2 hari….
o Dia bertolak dari P.Pinang pada pukul 7.30 malam…
Kes 1:
o Ali mengerjakan sembahyang maghrib di rumahnya/masjid di tempat tinggalnya..
o Bolehkah dia mengerjakan qasar???
JAWAPAN:
o Tidak boleh lagi, kerana dia belum melepasi kawasan kampunggnya atau tempat tinggalnya.
Sejenak
Dalam perjalanan nati Ali boleh mengerjakan sembahyang qasar kerana:
1. jarak perjalanannya melebihi 2 marhalah /90 km (dari Penang ke Jb)
2. perjalanannya atas tujuan yang diharuskan syarak-iaitu menziarahi abangnya.
Kes 2:
o Pada pukul 9.30 malam Ali sampai di ipoh..
o Dia singgah untuk menunaikan sembahyang Isyak…
JAWAPAN
o Keharusan qasar diberikan kepada Ali sebaik sahaja dia melepasi sempadan kampung atau kawasan tempat tinggalnya..
o Sebelum keluar dari kawasan itu,tidak boleh buat qasar
Kes 3:
o Pada pukul 6.00 pagi Ali sampai di JB..
o Dia singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat subuh..
o Bolehkah dia mengqasarkan sembahyang subuh???
JAWAPAN:
o Tidak boleh, kerana subuh dua rakaat sahaja, tidak boleh diqasarkan.
o Begitu juga dengan maghrib,hanya 3 rakaat….
Sejenak
Di Ipoh Ali boleh mengqaasarkan sembahnyang Isyak
Cara-2:
1. Ambil wudhuk
2. Berdiri dengan menghadap qiblat
3. Takbir beserta niat (sahaja aku sembahyang fardhu Isyak 2 rakaat qasar kerana ALLAH Taala)
4. Sembahyang dua rakaat macam biasa…
5. Salam dan selesai…
Kes 4:
Pukul 6.45 pagi Ali sampai di rumah abangnya..
Kemudian pukul 1.25 tengahari (contoh) masuk waktu zohor…
Bolehkah Ali mengqasarkan sembahyang zohor di rumah abangnya??
JAWAPAN:
1. Jika dia niat untuk berada di situ selama lebih dari tiga hari, dia tidak boleh mengqasarkan sembahyang sesampainya di kawasan tempat tinggal abangnya (sempadan kampung dan lain-lain.)
ATAUPUN
2. Ali boleh mengqasarkan sembahyang zohor tersebut kerana dia telah berniat untuk tinggal di rumah abangnya selama 2 hari sahaja.
3. Oleh itu selama dua hari tersebut dia boleh mengqasarkan sembahyangnya..
JIKA
1. Jika dia berubah niat…..
2. asalnya dia niat untuk tinggal 2 hari sahaja di rumah abangnya tetapi dia berubah niat untuk duduk selama 5 hari ke 6 hari….seminggu dan lain-lain…
3. kes cam nie tak boleh qasar juga ,bila sampai/memasuki sempadan tempat tinggal abangnya (kampung dan sebagainya)
4. sebelum sampai sempadan tersebut boleh qasar lagi…
Sunday, August 12, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment