- SOLAT JAMAK DAN QASAR
PENGERTIAN JAMAK:
Jamak ialah menghimpunkan dua solat wajib dalam satu waktu.
PENGERTIAN QASAR:
Qasar ialah memendekkan solat wajib yang empat kepada dua rakaat.
SYARAT SEMBAHYANG QASAR
Dalam mengerjakan sembahyang qasar atau jamak adalah sangat mudah.
Ia adalah seperti kita mengerjakan sembahyang-sembahyang yang lain.
Ada:
1. takbir
2. qiyam
3. fatihah
4. dan sebagainya.
Hanya terdapat sedikit perbezaan ,seperti perlu penambahan niat, kalau zohor asalnya 4 rakaat menjadi 2 rakaat.
1. bermusafir melebihi jarak 2 marhalah (90 km)
2. ada qasad ke destinasi yang hendak ditujui.
3. musafir atau perjalanan itu hendaklah atas tujuan yang diharuskan oleh syarak.
a. Tidak boleh orang yang bermusafir atas tujuan maksiat mengerjakan sembahyang
4. mengetahui bahawa qasar itu dibolehkan .
a. kalau sembahyang qasar dalam keadaan tidak tahu atau tertanya-tanya: (bolehker qasar nie?)
b. maka sembahyang qasarnya tidak sah kerana dianggap main-main.
5. niat qasar ketika takbiratul ihram.
6. tidak ada perkara yang merosakkan qasarnya ketika sembahyang,:
a. contoh,seperti berniat mahu sembahyang sempurna,tidak mahu qasar.
7. Tidak boleh mengikut 9menjadi makmum) kepada orang yang sembahyang sempurna (yang tidak qasar)
8. berada dalam keadaan musafir sepanjang sembahyang qasarnya itu.
a. Contoh,: jika Ahmad sembahyang di atas kapal laut,baru mendapatkan satu rakaat kapalnya dah sampai ke kampong halamannya,maka qasarnya tak sah. - NIAT QASAR
1. ZOHOR
- Niat:
- Sahaja aku sembahyang fardu zohor 2 rakaat qasar kerana ALLAH Taala.
2. ASAR - Niat:
- Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar kerana ALLAH Taala.
3. ISYAK - Niat:
- Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar kerana ALLAH Taala.
SOLAT YANG BOLEH DIQASARKAN.
- Sembahyang yang boleh diqasarkan ialah, sembahyang fardhu yang mempunyai bilangan rakaatnya adalah empat (4) iaitu:
a. Zohor
b. Asar
c. Isyak - Sembahyang tersebut dapat diqasarkan menjadi dua rakaat.
- Bersambung minggu depan……….
No comments:
Post a Comment