get free and lots of traffics here!!

Tuesday, August 14, 2007

pembahagian JAMAK

PEMBAHAGIAN

JAMAK..

JAMAK TAQDIM

1. Menghimpunkan sembahyang zohor dan asar,

2. Ia dilakukan pada waktu zohor..

3. Iaitu permulaan waktu untuk jamak,sama juga seperti maghrib dan isyak ia dilakukan dalam waktu maghrib.

JAMAK TA’KHIR

1. Menghimpunkan sembahyang zohor dan asar,

2. Ia dilakukan pada waktu asar..

3. Iaitu diakhir waktu untuk jamak,sama juga seperti maghrib dan isyak ia dilakukan dalam waktu Isyak.

CARA JAMAK TAQDIM

a. Memulakan sembahyang pada waktunya yang terdahulu..

b. Maksudnya buat zohor dahulu lepastu buat asar..atau buat maghrib dulu lepas tu buat isyak..

c. Niat jamak ketika takbiratul ihram pada sembahyang yang pertama (pada sembahyang zohor atau maghrib)

d. Dua sembahyang itu dikerjakan secara berturut turut..

e. Tidak boleh berselang seli antara dua sembahyang.

f. Lepas salam sembahyang yang pertama terus berdiri buat yang kedua pula..

g. Tidak boleh kalau selepas salam sembahyang yang pertama kemudian kita menyembang sakan dulu atau makan-makan dulu,lepas tu baru sembahyang yang kedua…tak boleh ler!!!!

SYARAT JAMAK TA’KHIR

1. Niat mentakhirkan sembahyang yang pertama pada waktu sembahyang yang yang kedua..

2. Niat ini hendaklah di buat pada waktu sembahyang yang pertama…

Contoh:

o Bial masuk waktu zohor,niatkan nak tangguhkan sembahyang zohor kewaktu asar

o Boleh diniatkan perkara ini selama waktu zohor belum habis..

o Kalau dah masuk waktu Asar baru nak niat…mana boleh.!!.

o Permusafiran/perjalanan itu berterusan sampailah dia selesai mengerjakan kedua-dua sembahyang..

o Kalau naik kapal laut,belum sampai mengerjakan kedua-dua sembahyang (zohor + asar /maghrib + isyak), kapal dah sampai ke sempadan kampong…ermmm tak boleh daaaa…..

PERHATIAN!!!!!!

o Syarat di atas sama dengan syarat untuk qasar

No comments:

take a holiday at very very low price...